Wednesday, 18 September 2013

)* sinus *(



Orang yang menghidapi resdung biasanya sangat sensitif kepada perubahan cuaca, tekanan emosi, hama dan juga alahan terhadap sesetengah makanan. Resdung (sinusitis) adalah radang pada lapisan rongga hidung yang memiliki beberapa pasangan iaitu frontal, ethmoid, maxillary dan sphenoif. Resdung adalah bukan penyakit keturunan dan tidak boleh  berjangkit.


Tanda-Tanda Menghidap Resdung
  1. Hidung selalu tersumbat
  2. Lendir dari hidung dan tekak
  3. Sakit atau rasa berat muka terutama kawasan diantara mata
  4. Sakit tekak yang berpanjangan dan berulang
  5. Demam atau rasa tidak sedap badan yang berpanjangan
  6. Gejala alahan hidung seperti bersin, gatal hidung dan sebagainya

Punca Resdung
  1. Alahan terhadap jenis makanan tertentu, habuk, parasit (demodex) dan kutu - Apabila anda mengalami alahan, daging yang bertindak sebagai penapis udara didalam hidung akan membengkak. Seterusnya, ia menyebabkan pergerakan udara tak dapat dikeluarkan. Kalau udara tu tak dapat keluar, ia pastinya akan terkumpul kat dalam tu. Kesannya, kulat akan tumbuh dan kawasan dalam hidung menjadi semakin membengkak. Anda yang pernah mengalaminya pasti tahu tahap kesakitannya.
  2. Struktur hidung yang tidak normal yang mungkin diakibatkan oleh tulang hidung retak atau patah ketika kemalangan boleh menyebabkan seseorang mendapat penyakit resdung. Bagi sesetengah orang yang mempunyai struktur tulang hidung yang " senget " tidak lurus (deviated nasal septum), risiko untuk mendapat resdung adalah tinggi.
  3. Kerosakan atau sakit gigi di bahagian gusi atas boleh menyebabkan resdung. Kuman atau bakteria yang berasal dari kerosakan atau sakit gigi boleh merebak dengan mudah ke rongga sinus dan menyebabkan resdung. Hal demikian kerana kedudukan gigi gusi atas amat berdekatan dengan rongga sinus. Rongga sinus yang terdapat di dalam tulang pipi (dikenali sebagai maxillary sinus) merupakan rongga yang paling kerap mendapat sinutisis akibat kerosakan gigi.
  4. Di samping itu kajian menunjukkan tabiat menyelam dan menyelam di air sungai atau kolam yang kotor serta laut yang tercemar turut menyumbang dan mengakibatkan penyakit ini.

Petua Mencegah Resdung
  1. Elakkan daripada memelihara binatang berbulu kat dalam rumah.   
  2. Jangan menggunakan sarung bantal, cadar dan selimut yang diperbuat daripada bulu binatang. 
  3. Bersihkan karpet/permaidani dan rumah anda secara kerap. Kalau perlu, gunakan penyedut hampagas (vacuum cleaner) yang berkualiti tinggi.
  4. Jika alah kepada habuk, pakai penutup hidung untuk aktiviti yang mendedahkan anda kepada habuk seperti mengemas rumah, menunggang motosikal di jalan raya etc.
  5. Minum air suam/mineral dengan kadar yang banyak. Bagus juga kalau anda amalkan minum sup panas.
  6. Selalulah mencuci dan menjaga kebersihan muka anda.
  7. Elakkan memakan makanan yang anda alah kepadanya sepeti makanan laut etc.


Antara supplemen yang boleh membantu anda : Protein (Mealshake/SoyProtin), B Complex, Vitamin C, Alfalfa, GLA dan Vita-Lea.


ESP (Soy Protein) - Mereka yg berpenyakit adalah berpunca dari sel yang tidak sihat. Protein amat penting dalam penghasilan sel. Namun pengambilan protein yg bagus adalah bersandarkan protein dari tumbuh-tumbuhan berbanding protein haiwan.Ini kerana protein haiwan sangat tinggi dan berat untuk diproses oleh tubuh. Mana datangnya sumber protin? Dari ikan, ayam, telur, kekacang. Namun tahukah anda protin tidak dapat hidup dalam suhu yang tinggi? Apabila kita masak, kita akan pastikan masakan itu masak sehingga mendidih. Maka secara langsung protien akan mati. protein hidup dalam suhu tidak lebih dari 37*celcius. (Last2 dapat rasa sedap je,Vtp zatnye dah hilang). Kerana itu kita digalakkan mengambil supplement protein. Jika sel mendapat cukup protein, sel baru akan tumbuh bagi menggantikan sel yang lama, disamping mengurangkan masalah resdung/allergy. Secara langsung wajah akan nampak lebih berseri.

B Complex -  Stress juga boleh menggangu sistem badan dan menyebabkan pelbagai penyakit. B Complex lebih dikenali sebagai vitamin “Anti-Stress”. B Complex mengandungi B6 - penting untuk pemuliharaan selaput lendir (mengelakkannya dari mengganggu ruang pernafasan). Membantu pengeluaran antibodi badan, membantu dalam pembinaan protein dalam tubuh, membantu hati menghasilkan glikogen yang diperlukan oleh kulit untuk menyingkirkan sel-sel mati dan memelihara sistem saraf dan berfungsi sebagai anti-stress.


Vita-C -  Bagi yang menghidap allergy, sel dalam badan akan mengeluarkan sejenis bahan kimia yg dipanggil “histamine”. “Histamine” akan menyebabkan ruam, bersin, gatal, dan juga penyakit allergy lain. “Anti-histamine” biasanya akan digunakan sebagai rawatan asas untuk masalah ini. Vitamin C bertindak sebagai anti-histamin, tanpa kita perlu mengalami side effect dari pengambilan dadah anti-histamin. Vitamin C membantu menstabilkan pengeluaran histamin dalam tubuh badan, membantu mencegah penyempitan tiub bronkiol (salur pernafasan), meningkatkan fungsi sistem pertahanan badan (immune sistem) dan meningkatkan penyembuhan tissu.

Alfalfa - Alfalfa mempunyai kelebihan dalam mengurangkan keradangan sakit (resdung) itu sendiri. Ianya kaya dengan sumber klorofil dan membantu mengurangkan keradangan terutamana akibat dari eczema, resdung (sinus), alergi (allergy) dan gegata (hives). 


GLA - GLA merupakan sejenis asid lemak Omega-6 yang digunakan oleh badan kita untuk membentuk prostaglandin - iaitu bahan berkesan berupa hormon yang membantu badan mengawalatur proses-proses badan yang normal. Menyokong sistem immune. Gabungan terbaik untuk mengurangkan radang ekzema dgn membantu mengelakkan kulit menjadi kering, pedih dan gatal... GLA juga merupakan rahsia kepada kulit yg cantik (ini utk kesan jangka panjang kerana ia ada kaitan dgn hormon wanita)
bajet kureng?? call utk dptkan harga ikut kemampuan anda

No comments:

Post a Comment