Ibu-ibu moden zaman sekarang rata-rata telah mula mengambil berat mengenai kesihatan selepas bersalin. Bukan semata untuk ibu nampak sihat dan cantik kembali tapi juga untuk kesihatan dan kesejahteraan bayi, iaitu dengan menyusukan anak yang baru lahir dengan hanya susu ibu. Kebanyakan ibu yang lepas bersalin mengelak untuk makan jamu dan maajun kerana dikatakan panas dan boleh menyebabkan bayi cirit birit dan menghadapi masalah kuning. Konsep 1 gelas 1 hari juga sudah tidak diamalkan. Ibu akan minum air yang secukupnya untuk membolehkan ibu menyusukan bayi juga memulihkan luka dengan lebih cepat.
Shaklee mencadangkan Set Berpantang Shaklee untuk ibu-ibu yang baru
melahirkan bayi. Set pantang ini bukan sahaja bagus untuk pemulihan
badan dan emosi si ibu, malahan amat bagus bagi menjayakan penyusuan
susu ibu.
Vita-Lea
Terdapat 28 jenis nutrisi yang diperlukan oleh tubuh badan di dalam
sebotol multivitamin dan multimineral ini. Beta Karotena yang ada di
dalamnya membantu untuk memulihkan dan mengembangkan tisu. Kalsium dan
fosforus (dengan vitamin C dan D) untuk kesihatan tulang dan penyusuan.
Biotin dan Panthotenic Acid metabolisma lemak dan Vitamin B12 pula bagi
menggalakan pembentukan sel darah merah. Ibu kan banyak kehilangan darah
semasa melahirkan. Ibu akan nampak pucat, jika ibu cukup sel darah
merah, muka pun jadi merah, macam orang tak bersalin lah.
B-Complex
Dikenali sebagai vitamin anti-stress. Ia juga memelihara kesihatan
saraf. Emosi ibu yang baru melahirkan anak perlu dijaga, stress yang
sedikit jika tak ditangani boleh membawa kepada meroyan. Jika ibu stress
susu badan juga akan terpengaruh, susu menjadi sedikit. Kesian bayi
lapar tidak cukup susu.
Vita-C
Vitamin C sangat penting untuk membantu penyerapan zat besu, ini
mengelakkan anemia. Juga penting menjaga kiraan kolagen di dalam badan.
Vitamin C juga akan mengelakkan ibu terkena selsema. Jika ibu tidak
sihat bagaimana mahu menyusukan anak.
Zinc
Zinc bertindak mempercepatkan luka perineum dan luka-luka di dalam
badan, jika kurang zinc maka proses penyembuhan menjadi lambat. Luka
yang sembuh dengan segara akan membolehkan ibu dalam pantang bergerak
lebih aktif. Juga mengelakkan rambut gugur dan jangkitan luka bersalin.
Alfalfa Complex
Bertindak sebagai penambah susu sejak zaman berzaman. Tapi jika bayi
mengalami sakit kuning atau jaundis kurangkan atau berhentikan seketika
sehingga bayi kembali pulih.
Energizing Soy Protein
Protein juga satu elemen penting untuk bina semula tisu-tisu badan yang
rosak dan terkoyak ketika melahirkan. Juga bertindak memekatkan dan
menambah susu ibu.
Vitamin Shaklee yang lain, yang boleh digabungkan dengan Set Berpantang Shaklee ini adalah:
Lecithin
Ibu pasti mahu kembali langsing kan? Lecithin diguna untuk membakar
lemak dan kolestrol di dalam badan. Juga yang penting, jika ibu
mengalami bengkak susu atau milk duct, lecithin membantu merawatnya.
Ostematrix
Kandungan kalsium, magnesium, vitamin D yang ada di dalam Ostematrix
membantu kekuatan tulang dan gigi. Juga membantu dalam pembentukan sel
darah merah dan mengelakkan risiko sembelit bagi ibu-ibu dalam pantang.
| berbeza bukan, tapi masih boleh kembali sihat dan langsing dengan set berpantang yang baik |


No comments:
Post a Comment