Ketabahan memerlukan keyakinan. Keyakinan pula menentukan kejayaan. Kejayaan pula akan menentukan kebahagiaan.
Wednesday, 13 November 2013
B complex♥
Manfaat Utama Vitamin B Complex :
Menukar makanan kepada tenaga – Bantu penghadaman, menukar lemak, karbohidrat dan protein kepada tenaga dan sekaligus mengurangkan masalah keletihan/kelesuan.
Melawan tekanan – Memastikan kesihatan fungsi saraf, sekaligus meredakan sakit kepala, tekanan, kemurungan dan insomnia.
Membantu tumbesaran – Menggalakkan tumbesaran yang sihat dan normal bagi bayi dan kanak-kanak. Membantu pembinaan DNA dan sel-sel baru serta mengurangkan risiko kecacatan otak atau tulang belakang.
Rambut berban dan gugur – Membaiki masalah kulit kepala, kelemumur, rambut gugur, beruban dan mengekalkan kesihatan rambut.
Baik untuk mata – Mengurangkan masalah keletihan mata, mencegah katarak, meningkatkan kualiti penglihatan, perkasakan memori dan daya pemerhatian/fokus.
Mencegah anemia – membantu pembentukan sel darah merah yang sihat dan antibodi, merangsang sirkulasi darah alam tubuh, merendahkan paras sistin untuk kesihatan kardiovaskular, merawat atau mencegah anemia, sakit kepala, pening, lemah semangat, keletihan, migrain, muntah-muntah, mabuk darat atau laut.
Meredakan senggugut – Baik untuk masalah senggugut (PMS), meredakan kerisauan, keresahan dan masalah penghadaman, terutamanya mereka yang mengambil ubat hormon dan ubat tahan sakit.
Mencegah perlcche – dikenali juga sebagai kerekahan mulut (mouth chilitis), mencegah jangkitan lidah (glossitis), nafas berbau.
Detoksifikasi – meredakan alahan
Bagaimana Memilih Vitamin B Complex yang Baik?
Mengandungi kesemua 8 vitamin 0 B1, B2, B3, B5, B6, B12, asid folik dan biotin sebagaimana dinyatakan dalam RDA (kesemuanya perlu diambil pada masa yang sama)
Harus mengandungi 100% RDA untuk asid folik dan biotin.
Pastikan jurang peratusan nilai harian B1, B2, B3 dan B12 tidak terlalu besar
Elakkan pengambilan Vitamin B Complex yang menawarkan rumusan larut-air (sustain release)
Rekomendasi:
Untuk kesihatan berpanjangan : 1 biji sehari (selepas makan)
Untuk rambut gugur, anemia, kesakitan : 2 -3 kali sehari, 1 biji (selepas makan)
Mengapa Urin Menjadi Kekuningan?
Ini merupakan situasi normal kerana Vitamin B C0mplex merupakan vitamin larut-air dan ia mengandungi elemen kekuningan. Pada peringkat awal pengambilan, tubuh kita akan melakukan timbang tara terhadap kadar penyerapan, dan tahap kekuningan akan berkurangan dari masa ke semasa.
Nota: Vitamin B Complex merangsang metabolisma dan menyebabkan tubuh kita mengeluarkan haba, oleh itu pengambilan air putih atau teh herba yang banyak adalah sangat digalakkan.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)

No comments:
Post a Comment